Antarabangsa

Kematian Migran Tertinggi Di Sempadan AS-Mexico

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT (AS), 09 September 2022 – Kematian 750 migran di bahagian sempadan selatan Amerika Syarikat (AS) – Mexico telah mencatatkan sebuah ‘penanda aras baharu’ bagi jumlah kematian migran yang cuba memasuki AS, berikut merupakan pendedahan oleh Jabatan Keselamatan Tanah Air AS.

Menurut sebuah laporan antarabangsa, kenaikan ini menunjukkan jumlah kematian yang jauh lebih banyak berbanding pada tahun fiskal 2021, iaitu dengan jumlah 557 kematian.

Lebih merisaukan, jumlah kematian tersebut hanyalah jumlah yang dilaporkan oleh pegawai kawalan sempadan AS, dan terdapat spekulasi bahawa jumlah tersebut adalah lebih tinggi jika kematian yang tidak dilaporkan ini dikira bersama.

Menurut sebuah lagi laporan antarabangsa, golongan migran yang cuba memasuki AS berdepan pelbagai risiko – seperti perlu melalui jalan yang mengancam nyawa, suhu padang pasir yang tinggi, laluan jalan air yang merbahaya dan risiko terjatuh dari tembok sempadan itu sendiri.

Pada minggu lalu, sekurang-kurangya 8 mayat migran ditemukan di Sungai Rio Grande, dedah Jabatan Kastam dan Keselamatan Sempadan AS. Beberapa orang migran lain berjaya diselamatkan dari sungai terbabit.

Menurut aktivis, dasar AS yang semakin ketat – seperti yang ditetapkan ketika Donald Trump menduduki White House – mendorong migran untuk mengambil langkah yang ‘ekstrem’ bagi memasuki AS.

“Migran, pelarian dan keluarga mereka menggunakan laluan yang lebih jauh dan bahaya untuk datang ke AS,” ujar Fernando Garcia, Pengarah Eksekutif Border Network for Human Rights.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: