Tempatan

Agong Dan Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Atas Kemangkatan Queen Elizabeth II

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 September 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada kerabat diraja Britain atas kemangkatan Queen Elizabeth II.

“Ingatan dan doa dititipkan kepada kerabat diraja dan rakyat Britain yang turut merasai kesedihan atas kemangkatan Seri Paduka Ratu Elizabeth II.”

Seri Paduka Baginda berdua bertitah baginda akan dikenang oleh Seri Paduka Baginda, Kerajaan dan rakyat Malaysia atas komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada Komanwel yang menjadi kebanggaan Malaysia dan usaha baginda untuk menggalakkan hubungan yang lebih kukuh antara United Kingdom dan Malaysia.

Queen Elizabeth II juga akan dikenang atas dedikasi baginda kepada rakyat dan kerajaan United Kingdom serta keprihatinan baginda yang mendalam terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Mengimbau kembali kenangan bertemu Queen Elizabeth II, Seri Paduka berdua telah berangkat mengadakan kunjungan hormat dan menghadiri majlis santapan tengah hari bersama Queen Elizabeth II di Istana Buckingham, bersempena lawatan khas tujuh hari Seri Paduka ke England yang bermula pada 9 Dis 2019.

Baginda juga pernah melawat Malaysia tiga kali pada 1972 (Lawatan Khas), 1989 (Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel ke-11) dan 1998 (Sukan Komanwel ke-16), menurut hantaran rasmi Istana Negara.

Queen Elizabeth II, raja paling lama berkhidmat di UK, mangkat semalam pada usia 96 tahun, selepas memegang takhta pemerintahan monarki British selama 70 tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: