Antarabangsa

Pembunuhan Shireen Abu Akleh: Al-Jazeera Serah Fail Kes Kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa 

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

QATAR, 28 Mei 2022 – Rangkaian media Al-Jazeera memutuskan untuk menyerahkan fail kes pembunuhan wartawan veterannya, Shireen Abu Akleh kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) baru-baru ini.

Berdasarkan sebuah kenyataan, Al-Jazeera telah membentuk pasukan gabungan undang-undang antarabangsa yang sedang menyediakan dokumen lengkap kes berkenaan untuk diserahkan kepada pendakwa raya ICC.

BACA: Israel Rampas Harta Rakyat Palestin Ketika Sibuk Uruskan Kematian Wartawan

BACA: Tentera Israel Berpesta Bunuh Muslimah OKU Palestin Tanpa Senjata

BACA: Israel Bukan Musuh Kami, Ia Sekutu Berpotensi Arab Saudi – Putera Mahkota

Fail kes tersebut turut mengandungi insiden pengeboman Israel dan kemusnahan seluruh pejabat Al-Jazeera di Gaza pada Mei 2021, serta serangan berterusan dan hasutan Israel terhadap wartawannya yang bertugas di Palestin.

Kenyataan Al-Jazeera turut menyebut, “Menurut Artikel 8 Piagam Mahkamah Jenayah Antarabangsa, sesiapa yang menyasarkan wartawan perang, atau wartawan yang bekerja di zon perang, atau wilayah yang diduduki, dengan membunuh atau menyerang mereka secara fizikal, adalah jenayah perang.”

Selain itu, pihak berkuasa Palestin (PA) juga telah mengumumkan hasil siasatan pembunuhan Shireen Abu Akleh, dengan mengatakan bahawa tentera Israel sengaja menembak dan membunuh wartawan veteran itu.

Siasatan tersebut adalah berdasarkan temubual bersama saksi, pemeriksaan di tempat kejadian, dan laporan perubatan forensik. Ia turut mengesahkan ketiadaan pejuang Palestin berhampiran tempat kejadian, bertentangan dengan dakwaan pegawai Israel yang mengatakan Shireen mungkin dibunuh rakyat Palestin yang bersenjata.

Mengulas lanjut, rangkaian media Al-Jazeera berjanji untuk mencapai keadilan buat Shireen Abu Akleh dan memastikan agar pihak yang bertanggungjawab atas pembunuhan beliau dibawa ke muka pengadilan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: