PRN: Jangan Sisihkan Orang Asli
GUA MUSANG, 19 Julai 2023 – Agensi kerajaan perlu mengenal pasti keperluan logistik bagi membawa keluar Orang Asli ke pusat mengundi, kata Timbalan Ketua UMNO Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim.
Menurutnya, Orang Asli di tiga kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) daerah ini mempunyai lebih 10,000 pengundi Orang Asli iaitu 8,000 pengundi adalah dari DUN Galas, manakala bagi DUN Nenggiri dan Paloh masing-masing membabitkan 2,000 dan 200 pengundi.
BACA JUGA: KKM Lakukan Siasatan Dakwaan Tangan Bayi Bengkak, Bernanah Selepas Terima Rawatan
BACA JUGA: ‘Akta Negara Bangsa’ Tangani Isu 3R Di Malaysia – Azalina
BACA JUGA: Mossy Forest Ditutup Sementara Waktu
“Kalau kita lihat kepada statistik keluar mengundi waktu PRU15 baru-baru ini menunjukkan kira-kira 30 peratus Orang Asli tidak keluar mengundi dan faktor jarak yang jauh dari tempat mengundi dikenal pasti antara punca.”
“Justeru, pada kali ini saya berharap semua masyarakat Orang Asli boleh keluar mengundi dengan dibantu oleh agensi yang terbabit untuk membawa keluar seramai mungkin pengundi dari kawasan pedalaman terutama kampung yang jauh,” katanya.
Mohd Syahbuddin juga menyarankan agansi-agensi berkenaan untuk membuat perancangan kemungkinan membawa pengundi keluar lebih awal bagi memudahkan urusan pengundian.