Tempatan

UNDI PERCAYA: Tiada UU Yang Jelas MP Boleh Diwakili Ketua Parti Atau Tidak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Disember 2022 – Bekas Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz mengatakan bahawa di dalam peruntukan atau undang-undang di Malaysia tidak dinyatakan dengan jelas bahawa setiap Ahli Parlimen boleh diwakili oleh ketua parti atau tidak untuk menyatakan sokongannya.

Tambah beliau, perkara ini sekali gus menimbulkan polemik di dalam negara apabila timbul persoalan adakah kepercayaan yang diwakili oleh ketua parti atau kepercayaan individu itu sendiri diserahkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Profesor Datuk Dr Shamrahayu berkata, di dalam Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa YDPA boleh pada hemat Baginda untuk menetapkan seorang yang mempunyai kepercayaan majoriti untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.

Tetapi, apabila demokrasi itu tidak dapat memberikan kerusi majoriti, jadi sukarlah bagi YDPA hendak memperkenan siapa yang akan dilantik memimpin Kerajaan.

Jadi, dari pemerhatian, tindakan YDPA memanggil ketua-ketua parti itu merupakan salah satu cara untuk Baginda menetapkan seseorang yang mempunyai kepercayaan majoriti selain meminta semua Ahli Parlimen menyerahkan statutory declaration (SD) kepada Speakar Dewan Rakyat, ujar beliau.

YDPA juga dilihat telah mengadakan satu mesyuarat khas bersama Majlis Raja-Raja untuk meminta pandangan Raja-Raja Melayu berkenaan pembentukan Kerajaan Persekutuan.

Oleh itu, kini selain persoalan bagaimana hendak menentukan seseorang itu mempunyai kepercayaan majoriti diutarakan, timbul juga persoalan majoriti itu kepercayaan siapa sebenarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata di dalam peruntukan Perlembagaan, disebut bahawa majoriti itu merujuk kepada kepercayaan Ahli Parlimen itu sendiri.

Walau bagaimanapun, perkara ini masih menjadi persoalan undang-undang yang besar kerana kadang-kadang parti politik itu sendiri menetapkan apa yang perlu dan boleh dilakukan oleh anggota partinya termasuk isu sokongan individu itu sendiri iaitu Ahli Parlimen, jelas Profesor Datuk Dr Shamrahayu di dalam forum ‘Polemik Usul Undi Percaya’, baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: