Tempatan

Perkenal Modul Sekolah Parlimen, Elak Parlimen Jadi Sarkas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 23 Disember 2022 – Modul Sekolah Parlimen wajar diperkenalkan bagi mengelakkan Parlimen menjadi gelanggang sarkas, kata Pengarah Strategik Forward Malaysia, Jazlie Baharudin.

Katanya, pengenalan modul tersebut adalah untuk memberikan pendedahan sebenar kepada suasana perjalanan urusan sidang Dewan Rakyat dalam kalangan wakil rakyat terutamanya mereka yang masih baharu.

Di samping itu, pengenalan modul tersebut turut dapat mendedahkan kepada wakil rakyat mengenai pengetahuan dalam proses penggubalan undang-undang.

Beliau berkata, sidang di Parlimen baru-baru ini yang menyaksikan provokasi dan penggunaan perkataan tidak berparlimen telah memberi gambaran bahawa Parlimen Malaysia memerlukan modul khas bagi menerangkan perjalanan urusan Dewan Rakyat dalam kalangan Ahli Parlimen.

Jelasnya, cadangan itu sama sekali bukan bertujuan untuk merendahkan martabat dan kedudukan wakil rakyat, tetapi ia sebagai pendedahan sebenar kepada suasana dan dinamik sebenar di dalam Dewan.

“New Zealand antara negara yang memperkenalkan sekolah Parlimen dalam memastikan lebih 35 ahli Parlimen baharu negara itu dapat memahami disiplin dan kaedah sebenar dalam melaksanakan urusan di Parlimen,” ujarnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegur ahli-ahli Parlimen agar menjaga adab dan susila masing-masing serta tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan sewaktu persidangan Dewan Rakyat.

Bekas Ahli Parlimen, Fuad Zarkashi turut menyatakan bahawa beliau malu kepada rakyat dan dunia luar apabila terdapat Ahli Parlimen yang terjerit-jerit mengeluarkan perkataan ‘beruk’ dan ‘kera’ dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: