Tempatan

Agong Kurnia Sumbangan Keperluan Harian Kepada 10 Keluarga Di Rompin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

ROMPIN, 06 Ogos 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat mengurniakan sumbangan kepada 10 keluarga yang memerlukan bantuan di Kampung Gading, Rompin, Pahang, semalam.

Facebook Istana Negara melaporkan, dalam lawatan selama dua jam bermula 3.30 petang itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan mengurniakan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan wang tunai.

Sumbangan dikurniakan kepada 10 buah keluarga yang terdiri daripada golongan asnaf, warga emas serta ibu tunggal.

Selain mengurniakan sumbangan, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa di setiap rumah dan menyantuni ahli-ahli keluarga tersebut.

Turut berangkat semalam ialah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: