Tempatan

Hina YDPA: Tubuhkan Mahkamah Perlembagaan

KUALA LUMPUR – Abd. Razak Osman, seorang pembaca portal Utusan bersetuju dengan cadangan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Tan Sri Yussuf Latiff yang mahu kerajaan menubuhkan Mahkamah Perlembagaan bagi membincangkan pelbagai kes yang mencabar Perlembagaan Persekutuan.

“Langkah menubuhkan Mahkamah Perlembagaan dapat membendung isu-isu yang dicetuskan segelintir anasir yang boleh mencetuskan pergaduhan dan rusuhan kaum.”

Kata Abd. Razak, penubuhan Mahkamah Perlembagaan dapat membendung isu-isu yang dicetuskan segelintir anasir sama ada menerusi platform media sosial atau di luar media sosial yang boleh mencetuskan pergaduhan dan rusuhan kaum.

“Sebagai rakyat yang cintakan keamanan saya mengutuk tindakan pelampau berkenaan. Oleh kerana kerajaan telah membina banyak penjara di negara ini, amat sesuai sangat mereka yang gemar mencetuskan rusuhan kaum diberi peluang menginap di situ.”

Sebelum ini, Tan Sri Yussuf Latiff menggesa agar kerajaan mewujudkan Mahkamah Perlembagaan bagi membicarakan pelbagai isu berkaitan hak dan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan yang mulai menjadi polemik ketika ini seperti karikatur komunisme.

“Jika disabitkan kesalahan menghina Perlembagaan, maka yang dituduh hendaklah dihukum dengan penggantungan kerakyatannya ataupun dibuang daerah pada jangka masa yang diputuskan oleh mahkamah tersebut,” kata Tan Sri Yussuf Latiff.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button