Tempatan

Jangan Pertaruh Negara Demi Agenda Peribadi – Agong

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 13 September 2021 – KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi amaran kepada para ahli Parlimen agar tidak mempertaruhkan negara dan rakyat demi agenda peribadi masing-masing.

“Jangan sama sekali meletakkan masa depan rakyat beta sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu.”

Apa yang perlu dilakukan wakil rakyat sekarang ini adalah menumpukan kepada usaha memulihkan negara dari pandemik Covid-19.

“Beta menyeru kepada Ahli Yang Berhormat sekalian dan untuk mengembalikan fokus kepada usaha memerangi pandemik Covid-19 ini.”

“Ia dalam masa sama membawa kembali sinar kepada rakyat beta dan negara tanah tumpah darah kita,” titah Seri Paduka Baginda dalam pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini.

Ia juga merupakan hari pertama pembukaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button