Tempatan

Agong Gesa Pihak Swasta & Persendirian Bantu Bina Rumah Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEMERLOH – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menggesa lebih ramai pihak swasta atau persendirian untuk tampil membantu membina kembali rumah mangsa yang terjejas akibat banjir.

“Pihak swasta dan persendirian diminta tampil untuk membantu membina rumah di sepanjang Sungai Pahang dan sungai-sungai lain yang sering dinaiki air.”

“Rumah yang dibina juga mestilah tinggi supaya tidak ditenggelami banjir pada masa akan datang,” titah baginda swaktu mencemar duli meninjau Rumah Bantuan Banjir.

Selain itu, Seri Paduka Baginda juga turut meminta kontraktor yang dilantik supaya menyiapkan rumah berkenaan mengikut masa dan spesifikasi yang ditetapkan.

“Saya harap rumah ini dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Saya sendiri akan meninjau dan melihat sendiri perkembangan rumah ini.”

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke tapak baharu di Kampung Lompat, Kampung Sungai Dingin dan Kampung Pengkalan Manggis turut diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan dua anakanda iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin dan Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato Ali Syahbana Sabaruddin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: