Kemelut Pasca PRU-15: Biar Saya Buat Keputusan Dalam Masa Terdekat – Agong
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 22 November 2022 – “Rakyat perlu menerima segala keputusan yang dibuat oleh rakyat, wakil rakyat dan Yang di-Pertuan Agong.”
“Itu sahaja, biar saya buat keputusan dalam masa terdekat ini,” demikian titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan keputusan pelantikan Perdana Menteri ke-10.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut menyeru agar rakyat dapat bersabar ketikamana Baginda membuat keputusan berhubung pembentukan Kerajaan.
“Saya baru balik, nak tengok siapa ada majoriti, mudah-mudahan Insya-Allah.”
Semalam, Baginda berkenan melanjutkan proses penamaan calon Perdana Menteri ke-10 sehingga jam 2 petang hari ini.
Titah perkenan Seri Paduka Baginda itu adalah susulan daripada permohonan-permohonan daripada ketua parti-parti politik serta gabungan parti-parti politik yang diterima Baginda semalam.