Tempatan

Gerakan Subversif: Yang Terlibat Wajib Didakwa – Ustaz Engku Ahmad Fadzil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 9 Mei 2021 – “Institusi Raja-Raja berperanan penting terutamanya bagi memastikan tiga objektif berikut: Pertama, mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam; kedua, mempertahankan dan menjaga kepentingan-kepentingan dan hak-hak orang-orang Melayu dan ketiga sebagai kuasa pengimbang dan penstabil kepada ketidaktentuan politik akibat pergelutan dan percaturan politik yang adakalanya menjadi terlampau panas, rakus dan meruntuhkan,” kata Pengarah Hati Murni Sdn Berhad (Hati Murni Enrichment Transit Centre), Ustaz Engku Ahmad Fadzil.

Menurutnya, kumpulan-kumpulan yang ingin melemahkan atau menghapuskan kedudukan Islam, merampas atau menghapuskan hak-hak dan kepentingan-kepentingan orang-orang Melayu demi mencapai cita-cita politik tanpa banyak halangan di peringkat tinggi, kumpulan-kumpulan inilah yang terdorong menjadi dalang dan perencana ataupun menjadi apparatus yang bersubahat terhadap gerakan jahat dan subversif meruntuhkan institusi Raja-Raja ini.

Oleh itu, mereka yang terlibat boleh didakwa, bahkan wajib didakwa dan dihukum di mahkamah demi menghantar mesej yang jelas kepada kumpulan beragenda jahat dan bersifat destruktif (meruntuhkan) ini bahawa tindakan-tindakan mereka semestinya berdepan dengan tindakan undang-undang yang tegas.

Ujar Ustaz Engku, yang popular di dalam fikiran masyarakat apabila berlaku serangan terhadap institusi Raja-Raja adalah Akta Hasutan 1948 yang mana sekiranya sabit kesalahan membawa kepada hukuman denda tidak melebihi RM5 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun (untuk kesalahan pertama) atau kedua-duanya dan tidak melebihi 5 tahun (untuk kesalahan seterusnya).

Akan tetapi, undang-undang dan peruntukan-peruntukan yang lebih efektif sebenarnya adalah Kanun Keseksaan sebagaimana yang terkandung di dalam Bab 5 iaitu “offences against the state” khususnya Seksyen-Seksyen 121, 121A, 121B, 121C, 121D dan 122.

“Walaupun Seksyen 121 yang membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan denda, apabila diiringi dengan penggunaan istilah “waging war” meletakkan elemen persenjataan di dalam komponen kesalahan di bawah seksyen tersebut, namun Seksyen 121B, misalnya, cukup luas untuk merangkumi kesalahan-kesalahan terhadap institusi Raja-Raja walaupun tidak melibatkan elemen persenjataan di mana hukumannya adalah penjara seumur hidup dan denda.”

Jelas beliau lagi, Seksyen 121A yang membawa hukuman mati juga tidak memestikan ada elemen persenjataan, selagimana ada gambaran dan bayangan untuk membawa kematian atau kecederaan atau tangkapan kepada Raja-Raja dan bakal pengganti takhta, maka individu atau golongan berkenaan boleh didakwa dan sekiranya terbukti bersalah, boleh dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan.

Namun, pihak berkuasa perlu berhati-hati dan perlu melakukan tindakan secara menyeluruh terhadap elemen-elemen penggerak kepada gerakan subversif ini kerana salah satu strategi mereka ingin menggerakkan penentangan besar-besaran terhadap institusi Raja-Raja adalah memastikan seseorang ditangkap dan dihukum berkaitan kesalahan terhadap institusi Raja-Raja, lalu mereka akan memanipulasi insiden tersebut untuk mencetuskan kemarahan dan penentangan terhadap institusi Raja-Raja secara besar-besaran sebagaimana yang berlaku di sesetengah negara, termasuk negara jiran.

“Penggerak-penggerak di belakang tabir ini yang mesti dikenal pasti dan diambil tindakan tegas terlebih dahulu berbanding “bidak-bidak” yang dipergunakan di papan catur jahat mereka,” tambah beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: