Tempatan

Sejarah Hak Perlembagaan Negeri-Negeri Melayu & Orang Melayu – Datuk Profesor Madya Dr. Shamrahayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 03 Februari 2023 – Di dalam forum ‘Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948’, Datuk Profesor Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz menjelaskan berkenaan sejarah hak perlembagaan Negeri-Negeri Melayu dan  Orang Melayu dijadikan undang-undang supaya dijaga seperti yang termaktub dalam perkara 19, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Menurut beliau, persoalan tentang memperluaskan hak-hak orang Melayu itu kurang digemari di dalam perbincangan dan kemudian ianya telah dipulangkan kembali kepada Jawatankuasa Kerja untuk dibincangkan dengan pihak-pihak lain.

BACA JUGA : Malayan Funds: Dana Kekayaan Negara, Kuasa Prinsipal Di Tangan Raja-Raja Melayu

BACA JUGA : Darjah Kenamaan Bukan Penentu Kejayaan Seseorang, Datuk Seri Mohamad Sabu

BACA JUGA : Menu Rahmah: Rakyat Masih Harapkan Penurunan Harga Barang

Prosesnya dimulakan dengan diwujudkan cadangan daripada Raja-Raja Melayu kepada Gabenor Malayan Union dan kemudian Gabenor bertindak dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja.

“Jadi, Jawatankuasa Kerja kemudiannya telah membincangkan kembali dan Working Community Report telah mengambil kira pandangan mereka dan seterusnya telah menjadikan ia satu laporan.”

Seterusnya, setelah Jawatankuasa Kerja selesai membahaskan isu-isunya, maka ditubuhkan satu Consultative Community iaitu untuk membawa pihak-pihak lain juga dalam proses perbincangan.

Akhirnya, setelah berlakunya ‘bargaining and negotiation’ iaitu perbincangan yang membawa kepada pilihan setuju atau tidak setuju yang membawa kepada terbentuknya satu laporan.

Datuk Profesor Madya Dr. Shamrahayu memaklumkan, laporan tersebut kemudiannya dihantar untuk dibincang dan diputuskan  dengan pihak di Parlimen United Kingdom (UK).

Maka, selepas selesai melalui proses tersebut, hak perlembagaan negeri-negeri Melayu dan  orang Melayu dijaga dan juga dimasukkan dalam perkara 19, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Hakikatnya adalah tidak benar malah berbohong sekiranya timbul dakwaan bahawa dalam proses menggubal Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 itu tidak mengambil kira pandangan komuniti lain, tegas Datuk Profesor Madya Dr. Shamrahayu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: