Tempatan

Ini Isu Akidah, Kenapa Tiada Ahli Parlimen Muslim Bangkang Nazri Aziz? – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Mac 2022 – Pengerusi PEMBELA, Hj Aminuddin Yahaya meluahkan kekesalan kerana tidak ada seorang pun Ahli Parlimen yang memperbetulkan naratif palsu yang dibawa oleh Ahli Parlimen BN-UMNO Padang Rengas, Nazri Aziz dalam ucapannya pada sidang Parlimen baru-baru ini.

Hj Aminuddin dalam hantarannya mempersoalkan apakah Ahli-Ahli Parlimen Muslim tidak hadir dalam sidang Parlimen menentang kenyataan Nazri Aziz mengenai kes tiga kanak-kanak yang ditukarkan agama oleh bapanya kepada agama Islam tanpa persetujuan ibu.

“Takkanlah semua Ahli Parlimen Muslim tak hadir ke Parlimen ketika itu?”

Di samping itu, beliau juga tertanya-tanya pendirian parti UMNO sama ada tiada sensitiviti langsung apabila menyentuh soal akidah sebegini. Jika benar isu akidah melanggar prinsip asas parti, beliau mahu tindakan disiplin diambil sebagaimana isu-isu lain.

“Ini isu akidah, bukan isu kritik presiden atau pimpinan. Kalau isu akidah sebegini benar-benar melanggar prinsip asas parti, ambillah tindakan disiplin sebagaimana isu-isu lain. Itu pun kalau partinya betul-betul peduli tentang hal akidah.”

Tambah Hj Aminuddin lagi, dengan kenyataan yang membawa naratif palsu itu menggambarkan betapa hinanya kepercayaan yang diberikan oleh para pengundi Padang Rengas yang majoritinya Islam kepada Ahli Parlimen tersebut untuk menjadi wakil mereka di Parlimen.

“Apakah mereka redha? Apakah pengundi dan akar umbi partinya bangga dengan gelagat wakil rakyat mereka itu.”

Yang pastinya, “Peluang dan waktu di Parlimen amatlah berharga dan bermakna.”

Justeru, Hj Aminuddin mengingatkan bahawa tanggungjawab yang diberikan adalah amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

“Ingatlah, kita bertanggungjawab atas kepimpinan kita di akhirat kelak. Atau memang tak kisah pun nak murtad ke nak apa ke, asalkan senang-lenang duduk di kerusi empuk sahaja?”

Ahli Parlimen BN-UMNO Padang Rengas, Nazri Aziz dalam ucapannya di sidang Parlimen baru-baru ini menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan forced conversion yang dilakukan oleh seorang bapa kepada anak-anaknya.

“Saya menyokong keputusan daripada mahkamah yang telah diberikan kepada ibu dan saya ingin menyatakan iaitu saya tidak setuju langsung dengan paksaan penukaran agama kanak-kanak ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: