Antarabangsa

Doktor India Tanam IUD Dalam Badan Muslimah Tanpa Kebenaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JHARKHAND, 11 September 2022 – “Pertama sekali, IUD tembaga dimasukkan dalam badan saya tanpa kebenaran. Saya datang untuk membuangnya. Tetapi apabila dia melihat nama Muslim saya, dia cakap: ‘Farhat Jabeen ada masalah. Dia mahu anak ramai,’” kata seorang ibu muda dalam sebuah video tular.

“Anak saya baru berusia enam bulan, takkanlah saya mahu anak lagi. Siapa nak anak lain dalam jarak masa enam bulan?” kata Muslimah itu.

Menurut ibu muda itu, doktor tersebut bukan sahaja enggan merawatnya, malah menggelarnya sebagai ‘Jihadi’.

Beliau menegaskan bahawa beliau hanya mahu membuang tembaga IUD yang ditanam ke dalam tubuh badannya tanpa kebenaran kerana berasa tidak selesa, bukannya kerana mahu mengandung lagi.

Istikhar Ali, seorang Ph.D. sarjana di Pusat Perubatan Sosial dan Kesihatan Komuniti JNU, mengatakan bahawa pengelasan seluruh masyarakat di India adalah berdasarkan agama, kasta, jantina dan kelas.

“Semasa penyelidikan saya, saya telah menemui banyak contoh apabila doktor, yang digelar tuhan, (salah) merawat pesakit disebabkan faktor seperti agama, kasta atau jantina. Ini adalah trend yang sangat berbahaya. Tiada siapa yang boleh menyelamatkan negara ini jika kebencian gila ini tidak dihapuskan” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: