Tempatan

TERKINI: 5 Negeri Bergegar Terkesan Gempa Bumi Indonesia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 01 Oktober 2022 – “Shah Alam rasa gegaran.. Bergoyang katil, ingat hantu..” ini antara komen dari pengguna Facebook selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan lima negeri terkesan dengan gempa bumi yang berlaku di Indonesia awal pagi tadi.

Menurut METMalaysia, gempa bumi sederhana telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 3:28 pagi, 1 Oktober 2022

“Gegaran mungkin dirasai di Lembah Klang, Selangor ,Negeri Sembilan, Melaka dan Perak,” maklum agensi itu di Facebook.

Berikutan itu, METMalaysia memohon orang ramai untuk mengisi borang di pautan berikut:
https://forms.gle/xrnKwLo83vM8zmYG7 sekiranya terdapat maklumat gegaran.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini, ” kata mereka lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker