Tempatan

PETANG INI : Amaran Ribut Petir Di Enam Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam buah negeri susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan berlaku sehingga petang ini.

Enam negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, manakala di Perak, keadaan sama diramalkan berlaku di Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak.

Selain itu, bagi negeri Selangor, daerah terlibat ialah Klang, Kuala Langat dan Sepang dan cuaca sama juga diramalkan akan melanda daerah Jempol, Negeri Sembilan.

“Manakala di Johor pula, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di Kota Tinggi,” ujarnya.

Samalam, Samudera.my melaporkan berkenaan kenyataan Pakar Meteorologi, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah yang memaklumkan tiga negeri di Pantai Timur berisiko tinggi untuk dilanda banjir besar yang diramalkan berlaku bermula November ini hingga Mac tahun depan susulan peralihan monsun timur laut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: