Tempatan

Rohingya Mengaku Bayar RM7000 Untuk Kad UNHCR

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TASEK GELUGOR, 20 September 2022 – Pendatang asing tanpa izin (PATI) Rohingya mengaku membayar antara RM5,000 hingga RM7,000 kepada ejen bagi urusan mendapatkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR). Hal ini didedahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sendiri.

“Temu bual yang dijalankan ke atas beberapa pemegang kad UNHCR yang terdiri daripada etnik Rohingya, mereka membuat pengakuan bahawa masuk ke Malaysia melalui pintu sempadan negara iaitu melalui Kedah, Thailand dan Kelantan,” kata Ketua Pengarah Imigresen Malaysia (Imigresen), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

“Kemudian mereka membayar antara RM5,000 hingga RM7,000 kepada ejen yang akan menguruskan untuk membawa mereka ke pejabat UNHCR di Kuala Lumpur bagi mendapatkan kad berkenaan yang perkara ini kita akan bawa kepada jawatankuasa KDN untuk diteliti,” kata beliau lagi.

Menurutnya, pengakuan ini dibuat oleh PATI Rohingya yang ditahan dalam operasi yang diadakan Imigresen Pulau Pinang di sebuah tapak projek perumahan pada 17 September baru-baru ini.

Dalam operasi bermula jam 11.15 malam itu, seramai 36 pekerja asing diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 25 pekerja asing dikesan masuk ke negara ini tanpa memiliki dokumen sah, tinggal lebih masa dan mempunyai dokumen meragukan khususnya pemegang kad UNHCR yang dipercayai tidak tulen.

Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menegaskan bahawa pihaknya akan membawa perkara itu kepada jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk penelitian lanjut.

Terdahulu, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad menegaskan bahawa agensi itu sedang meneliti penutupan operasi pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini selepas mengambil kira banyak faktor termasuk kad UNHCR.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: