Antarabangsa

Sah! Indonesia Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 20 April 2023 – Masyarakat Islam di Indonesia akan menyambut 1 Syawal pada esok hari, Jumaat, 21 April 2023.

Menurut media, perkara itu diumumkan oleh Pimpinan Pusat Muhammadiyah secara langsung di laman YouTube pimpinan itu.

“1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, 21 April,” kata Ketua Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Profesor Dr H Syamsul Anwar MA.

Jelasnya, pihaknya telah menetapkan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah 1444 Hijriah berdasarkan keputusan Hisab Hakiki Wujudul Hilal berpandukan Majlis Tarjih dan Tajdid.

Tambah portal lagi, Pimpinan Pusat Muhammadiyah menetapkan awal bulan Qamariah termasuk Ramadan, Syawal dan Zulhijjah bukan berdasarkan penglihatan, tetapi berdasarkan kedudukan geometri Matahari, Bumi dan Bulan.

“Jadi tidak kira nampak atau tidak, yang penting kedudukan geometrinya sudah dipenuhi. Itu kaedah penentuan yang dinamakan Hisab Wujud Hilal,” tegas Profesor Dr H Syamsul Anwar MA.

Untuk pengetahuan, masyarakat Indonesia menyambut 1 Ramadan pada 23 Mac 2023 yang lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: