Pekan Baru Dilanda Gempa, Lembah Klang Bergegar
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SHAH ALAM, 25 Februari 2022 – Penduduk di Lembah Klang panik seketika berikutan berlakunya gegaran yang dirasai di beberapa buah daerah di negeri itu.
BACA: Kedah Dilanggar Puting Beliung
BACA: Ipoh Dilanggar Puting Beliung Menjelang Tahun Baru Cina
BACA: Puting Beliung, Ribut Petir Dan Angin Kencang Sehingga Mac – Jabatan Meteorologi
Gegaran yang berlaku selama beberapa saat itu dilaporkan berpunca dari gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter yang berlaku di TimurLaut PASAMANBARAT-SUMBAR, Indonesia.
@bellabella menyatakan, “Rasa gempa bumi bangunan bergoyang,ingatkan construction,sekali memang dua kali rasa gempa,effect kat indo sampai sini rasa.”
Rasa gempa bumi bangunan bergoyang,ingatkan construction,sekali memang dua kali rasa gempa,effect kat indo sampai sini rasa pic.twitter.com/5U0nziHwM0
— Min (@bellabelle96) February 25, 2022
“Ada gempa bumi ke, sebab tv saya bergoyang,” kata @iffahs
“D**n my office tingkat 16 boleh rasa goyang mcm org goyang kerusi,” kata @bylapearl pula.
Gempa bumi yang berlaku di Indonesia itu bagaimanapun tidak berpotensi mencetuskan tsunami namun peringatan dikeluarkan terhadap gempa bumi susulan yang mungkin terjadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), selain di Selangor, gegaran turut dirasai di Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.