Tempatan

Seharian Di Laut, Nelayan Berjaya Bawa Pulang PATI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PELABUHAN KLANG, 07 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini berjaya menumpaskan sebuah sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) yang ‘menyamar’ menggunakan bot nelayan tempatan sebagai ‘transporter’.

Lapor Metro, seorang warganegara Indonesia bersama tiga lagi pembantunya yang bergiat sebagai ‘tekong’ atau orang tengah ditahan bersama 60 orang PATI yang cuba menyeludup masuk ke negara ini.

Kegiatan yang aktif semenjak dua hingga ke empat bulan lepas ini akhirnya terbongkar apabila sebuah serbuan dibuat pada jam 1 pagi semalam berhampiran persisir pantai Sungai Besar.

Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus, Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, menyatakan bahawa sindiket ini mengenakan caj bayaran sehingga RM 1,800 seorang untuk perkhidmatannya.

“Siasatan lanjut mendapati warga asing ini membayar sehingga RM1,800 kepada ejen di Indonesia.” Ujarnya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) yang boleh mengakibatkan penjara tidak melebihi 15 tahun, denda atau kedua-duanya.

Kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tidak memiliki pas yang sah untuk masuk ke Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: