Tempatan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Isytihar 20 April Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 April 2023 – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan Khamis, 20 April 2023 sebagai tarikh bagi melihat anak bulan Syawal.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis, 20 April 2023 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijriah,” memetik sebuah siaran media.

Selain itu, jawatankuasa yang bertanggungjawab juga telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Syawal di beberapa lokasi seluruh negara iaitu di: –

i. Pontian Kecil, Johor
ii. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
iii. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
iv. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
v. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
vi. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
vii. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan
viii. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
ix. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah Darul Aman
x. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman
xi. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah Darul Aman
xii. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
xiii. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
xiv. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
xv. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
xvi. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
xvii. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
xviii. Menara Bangunan SEDC, Jaln Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan
xix. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
xx. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
xxi. Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang
xxii. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
xxiii. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya
xxiv. Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis
xxv. Pusat Falak Miri, Sarawak
xxvi. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
xxvii. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak
xxviii. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
xxix. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

BACA JUGA: Lebih 1 Juta Jemaah, Saudi Tetap Kawasan Larangan Solat Masjidil Haram

BACA JUGA: NGO Gesa SPRM Siasat Majlis Perbandaran Klang

BACA JUGA: Lanjutkan Umur Bersara Tak Sesuai Di Malaysia – Datuk Dr Syed Hussain

Majlis Raja-Raja turut mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen.”

Terdahulu, tular di seluruh negara, khususnya di kalangan umat Islam mengenai isu raya awal yang pernah dialami pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun, pakar falak terkenal tanah air, Hanafiah Abdul Razak berkata bahawa pengumuman raya Aidilfitri tahun ini dijangka tidak akan menimbulkan suasana panik seperti sebelum ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: