Aidilfitri: Ribut Petir Dijangka Landa Malaysia Dua Hari Berturut-Turut
KUALA LUMPUR, 20 April 2023 – Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional di Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan hujan dan ribut petir akan melanda beberapa negeri pada hari pertama dan kedua Hari Raya Aidilfitri.
Pada hari raya pertama, hujan atau ribut petir akan melanda beberapa tempat pada sebelah petang di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah (Pedalaman dan Pantai Barat).
BACA JUGA: Jadual Kutipan Sampah Dianjak Pada Raya Ini
BACA JUGA: Malaysia Nak Lahirkan Generasi Vapers? – Aminuddin Yahaya
BACA JUGA: Kerakyatan Diberikan Kepada 1 Juta Pendatang, Tun M Sanggah Kenyataan Melayu Angkuh PM
Selain itu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang serta beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Miri dan Limbang manakala Sabah di bahagian Sandakan dan Tawau akan turut mengalami hujan atau ribut petir pada hari itu.
Tambah jabatan itu, pada waktu pagi hari raya kedua pula, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Putrajaya, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak akan dilanda hujan atau ribut petir pada sebelah petang.
Manakala pada waktu malam pula, hujan dijangka melanda satu dua tempat di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak Sabah serta Labuan manakala tempat-tempat lain tiada hujan.