Antarabangsa

Program Vaksinasi Kurang Sambutan, Indonesia Bakal Jadi Hab Penularan Polio

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

JAKARTA, 22 November 2022 – Indonesia berisiko bergelut dengan penularan polio berikutan sambutan kurang menggalakkan dalam kalangan masyarakat terhadap program vaksinasi mencegah penyakit tersebut.

Ketua Pengarah Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Kementerian Kesihatan, Dr Maxi Rein Rondonuwu berkata, risiko itu boleh dihadapi semua wilayah di seluruh negara.

“Jika kita lihat di 30 wilayah dan 415 bandar serta daerah, kesemuanya termasuk dalam kategori berisiko tinggi untuk dijangkiti polio kerana tahap vaksinasi yang sangat rendah.”

“Disebabkan itu, Indonesia berdepan saat genting ketika ini dan jika tiada langkah pencegahan diambil segera, tidak mustahil negara ini sekali lagi bergelut dengan penularan polio.”

Maxi memaklumkan, satu kes polio dikesan di Aceh pada bulan ini berikutan program vaksinasi yang rendah.

Sehubungan itu, Maxi meminta semua pihak supaya memberi ruang kepada golongan berisiko untuk mendapatkan vaksin, sekali gus mencegah negara ini daripada menjadi ‘hab penularan polio’.

Dalam pada itu, Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin menggesa pelaksanaan langkah pencegahan segera terhadap polio di Aceh sebelum penyakit itu merebak ke kawasan lain.

“Saya rasa ini perlu ditangani segera, jangan sampai ini menjadi pandemik seperti dulu. Jadi, jangan biarkan ia berlipat ganda, merebak lagi.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: