Kadar Bayaran Saman Trafik RM50 Sahaja, Bermula Jumaat Ini
KUALA LUMPUR, 19 April 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman sebanyak RM50 bagi semua saman trafik (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya) bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023.
Menerusi laman Facebook, PDRM berkata, pihaknya melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik akan bersedia dengan pelbagai sistem pembayaran saman bagi memudahkan orang ramai membayar saman mereka bermula 21 April 2023 (Jumaat), jam 8.00 pagi melalui saluran-saluran berikut:
i) Aplikasi MyBayar Saman;
ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja);
iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara; dan
iv) Semua kaunter Pejabat Pos Malaysia.
BACA JUGA: Penyelenggaraan Lebuhraya Tidak Kritikal Dihentikan Serta Merta Hingga 7 Mei Ini
BACA JUGA: Abaikan Dos Penggalak Punca COVID-19 Meningkat Menjelang Aidilfitri
BACA JUGA: Google Sekat 36 Aplikasi Popular, Pengguna Android Perlu Berhati-Hati
Tambahnya, bagi mereka yang belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, pengguna boleh melakukan pendaftaran melalui:
i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google Playstore – https://play.google.com/store/apps/details…
iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
Semalam, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tawaran Kadar Khas Bayaran Saman ini semasa membuat pengumuman khas bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.