Antarabangsa

Minyak Sawit Indonesia Jadi Pilihan China

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 27 Julai 2022 – China menyatakan sokongannya dalam meningkatkan import minyak sawit mentah dari Indonesia sebanyak satu juta tan metrik, kata Presidennya, Joko Widodo.

Kata beliau, China juga menyatakan hasratnya untuk mengutamakan produk pertanian dari Indonesia sewaktu pertemuannya dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang di Beijing semalam.

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan tentang kerjasama dalam pembangunan Taman Perindustrian Hijau di Kalimantan Utara.

“China adalah rakan strategik komprehensif Indonesia. Kita mesti mengisi kekosongan ini dengan kerjasama yang membawa manfaat buat negara kita, rantau serta dunia,” kata beliau sewaktu lawatan kerja selama tiga hari itu.

Bahkan, kedua-dua presiden turut bersetuju untuk berusaha mencapai hala tuju dalam membina komuniti China-Indonesia dengan kebersamaan di masa depan serta komited dalam membentuk model contoh negara membangun yang mendatangkan manfaat bersama, pembangunan bersama serta kerjasama Selatan-Selatan.

Bukan itu sahaja, China dan Indonesia akan meningkatkan kadar pertukaran rakyat dengan rakyat (people-to-people) termasuk pertukaran pelajar Indonesia ke China, membuka lebih banyak penerbangan terus serta meningkatkan kerjasama dalam sektor pendidikan dan pelancongan.

Dalam kenyataannya, Indonesia dan China akan bekerjasama dalam memastikan keamanan dan kestabilan melalui dialog serta diplomasi dan China akan menyokong jawatan Presiden Indonesia itu sekali gus mengharap agar sidang kemuncak itu berjaya.

Lapor samudera.my baru-baru ini, harga minyak sawit mentah (MSM) kekal lemah susulan daripada saingan yang kuat daripada Indonesia serta penurunan harga minyak kacang soya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: