Tempatan

Prinsip Kedaulatan Dan Keadaan Watan – Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Prinsip Kedaulatan Dan Keadaan Watan (Local Circumstances)

KUALA LUMPUR, 14 September 2022 – Prinsip kedaulatan dan keadaan watan (local circumstances) yang dilestarikan dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan prinsip asas (foundational principles) melatari kerangka kedaulatan undang-undang (rule of law) di Malaysia.

Sebarang elemen yang bercanggah dengan prinsip kedaulatan dan keadaan watan seperti termaktub dalam peruntukan utama Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal setakat percanggahan tersebut selaras dengan Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

306008721_1205451123637281_2564777722508799545_n.jpg?resize=169%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Prinsip kedaulatan Malaysia termaktub dalam Perkara 181(1), 3 dan Jadual IV.  Prinsip keadaan watan (local circumstances) pula termaktub dalam Seksyen 3 Akta Undang-Undang Sivil 1956 (semakan 1972).

Peruntukan utama dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan elemen watan yang terjumlah dalam Perkara 159(5), 38(4), dan 150(6A), yang menjamin keutuhan Perkara 181(1), 37 (Jadual IV), 3, 11, 70, 71(1), 152, 153, Bahagian III dan semua butiran yang dinyatakan di bawahnya, bukan selainnya.

Secara khususnya;

1.Islam sebagai prinsip kedaulatan dan doktrin negara selaras dengan kedudukannya sebagai agama Persekutuan, agama negeri dan kedaulatan Raja-Raja Melayu menurut adat Melayu.

2. Institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai raja pemerintah yang bertunjangkan amalan syura dan kewajipan untuk menegakkan keadilan dan kedaulatan berlandaskan patuh syariah.

3. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan tulisan jawi.

4. Adat Melayu dan adat anak negeri yang tertakluk pada Perlembagaan Negeri, termasuklah adat Perlembagaan.

5. Kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum lain.

6. Malaysia sebagai sebuah Persekutuan yang menjamin kedaulatan negeri beraja.

7. Kewarganegaraan Malaysia dan prinsipnya.

Dalam kerangka di atas, patuh syariah sebagai prinsip kedaulatan negara tidak boleh digugat sama sekali kerana Islam merupakan akidah Raja-Raja Melayu di samping agama bagi Persekutuan dan Negeri.

Peruntukan utama tersebut secara “intent and purpose”  menunjukkan elemen asas, struktur asas atau apa jua istilah yang boleh menunjukkan prinsip utama dalam sistem Perlembagaan Persekutuan berlandaskan kaedah pentafsiran Perlembagaan yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan mensyaratkan suatu pentafsiran hendaklah berlandaskan teks Perlembagaan yang diletakkan  secara luas dan bertujuan mengikut falsafah, linguistik dan konteks sejarah tempatan yang betul.

Sebarang tafsiran yang bercanggah dengan kaedah pentafsiran Perlembagaan seperti digariskan sendiri oleh Mahkamah Persekutuan perlulah dibuat rayuan dan semakan dalam forum yang betul.

Pautan asal: Facebook Ibn Wan Husain Wan

*Ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: