Tempatan

Nancy Shukri Disarankan Supaya Berhati-hati Dalam Mengeluarkan Kenyataan Berkaitan Agama Islam – Peguam Senior, Mohamed Haniff Khatri Abdulla

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Disember 2022 – “Saya sarankanlah kepada Nancy Shukri mahupun keseluruhan kabinet Anwar Ibrahim supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan agama Islam,” tegas Peguam Senior, Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan media yang dibuat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkaitan isu pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2022 yang dilaporkan sebuah portal tempatan di sini, semalam.

Haniff berkata, isu berkenaan dengan agama Islam mahupun Undang-Undang Jenayah Syariah agama Islam sememangnya di bawah Perlembagaan Persekutuan ada di dalam bidang kuasa mutlak negeri-negeri yang dikendalikan dan diterajui oleh Kebawah Duli Sultan bagi negeri-negeri.

Justeru, berpandukan kepada kenyataan Nancy Shukri, saya percaya kenyataan itu harus berhati-hati dan harus berwaspada. Kerajaan pusat mahupun kementerian-kementerian ataupun kabinet sekalipun tidak boleh membuat kenyataan yang berbunyi seolah-olah mereka tidak sedar bahawa isu agama adalah di bawah negeri.

Menurut Haniff, mereka boleh bangkitkan apa-apa persoalan dan penjelasan ataupun bimbingan untuk memahami undang-undang yang hendak digubal itu. Tetapi untuk membuat kenyataan yang disulami dengan kata-kata yang menunjukkan niat untuk mencampuri kononnya kerana melibatkan budak-budak remaja, walaupun budak-budak itu adalah Islam, maka ini menunjukkan cara dan gaya kenyataan itu dibuat menunjukkan seolah-olah Nancy Shukri hendak berjumpa dengan Kebawah Duli Sultan di Terengganu bagi tujuan mencampuri urusan pemberian perkenan Sultan Terengganu kepada Undang-Undang Seksyen 29A  tersebut.

Jelas beliau, kalau Kerajaan pusat tidak berjaga-jaga atau berhati-hati berkaitan dengan bidang kuasa Islam di bawah negeri maka ia akan mengucar kacirkan keseragaman yang telahpun diletakkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Mana-mana Kerajaan, Kerajaan pusat ataupun Kerajaan Negeri wajar dan wajib menghormati struktur Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.

Sememangnya,  Kerajaan pusat boleh memberikan pandangan-pandangan, boleh memberikan idea-idea tetapi ianya tertakluk kepada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menentukan bahawa kedudukan Islam dimartabatkan bukan sebaliknya.

Oleh itulah, agensi-agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sebagainya memang sah diwujudkan dan memang berperlembagaan. Tetapi ini tidak bermakna mereka boleh mencampuri urusan bidang kuasa Islam negeri-negeri.

“Jadi, suka saya sarankanlah kepada Nancy Shukri  mahupun keseluruhan kabinet Anwar Ibrahim supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutamanya apabila melibatkan isu agama Islam.”

“Nak pergi jumpa Kebawah Duli Sultan boleh, tapi untuk apa? Adakah untuk mengatakan kepada Kebawah Duli Sultan untuk tidak memberi perkenan? Itu akan menjadi campur tangan salah!

Sebaiknya, dan sepatutnya Nancy Shukri berjumpa dengan pegawai-pegawai, penjawat-penjawat dan Kerajaan Negeri Terengganu terutamanya untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara ini.

“Patut di level Kerajaan, Kerajaan, bukan di level pusat berjumpa dengan Kebawah Duli Sultan, agak tidak begitu molek,” jelas beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: