Tempatan

Malaysia Negara Sekular, Politik Islam Cabar Perlembagaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 15 Disember 2022 – Peguam, Syed Iskandar Syed Jaafar menyatakan bahawa menghubungkaitkan politik masyarakat Melayu-Islam dengan Islam akan memberikan cabaran langsung kepada Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara ada menyebut bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Kenyataan beliau adalah merujuk kepada pendirian Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada Selasa lalu yang berpandangan bahawa agama merupakan sebahagian daripada falsafah politik masyarakat Melayu-Islam dan ia tidak boleh dipisahkan.

“Dalam al-Quran dan sabda Nabi, terdapat banyak rujukan mengenainya. Jadi seseorang itu tidak boleh bersikap sekular dalam pendekatan semasa berkempen,” memetik kepada kenyataan Wan Ahmad Fayhsal.

Menurut Syed Iskandar, kenyataan sedemikian adalah berbahaya untuk diungkap dalam masyarakat yang berbilang agama dan budaya.

“Ini adalah cabaran langsung kepada Raja-Raja Melayu, yang merupakan sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan kita,” ujarnya.

Bagaimanapun, kata Wan Ahmad Fayhsal, Bersatu sebagai komponen Perikatan Nasional (PN) akan mencuba sehabis baik untuk menjadi moderator supaya orang ramai tahu bahawa mereka juga mendukung negara yang berbilang kaum.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: