Tempatan

Kerajaan Wajar Muktamadkan Bahawa UEC Wajib Ditolak Kerana Mencabul Perlembagaan Persekutuan – Datuk Abdul Raof Hussin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Disember 2022 – Kerajaan wajib segera muktamadkan bahawa kementerian tidak akan mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) selain wajib muktamadkan keputusan dengan tegas tidak akan meluluskan sebarang perkara berkaitan Dong Zong kerana berani mencabul Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Pendidikan Negara,” tegas Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM), Datuk Abdul Raof Hussin.

Menurutnya, dalam keadaan masih banyak sekolah-sekolah kebangsaan di seluruh negara yang uzur dan daif maka amat tidak wajar jika dana pendidikan disalurkan kepada UEC yang mana umum sedia maklum bahawa ia adalah sebuah institusi bersifat perkauman.

Jelasnya, daripada disalurkan kepada UEC lebih baik Kerajaan lihat keperluan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Persendirian Agama dan Maahad Tahfiz terlebih dahulu.

“Jangan tidak percaya, setakat ini terdapat sekolah-sekolah bantuan Kerajaan ini masih ada yang menggunakan papan hitam dengan bilik darjah yang teruk, selain bilik guru yang sangat kecil. Itu belum lagi kita bercerita keadaan kantin yang tidak menggambarkan sekolah Kerajaan langsung.”

Sebaliknya, sekolah-sekolah swasta di bawah Dong Zong ini yang sudah mempunyai penghawa dingin di dalam bilik darjah mereka dengan segala alatan canggih pembelajaran pula hendak dibantu dan perlu juga ditegaskan, di sini adalah negara Malaysia bukan China.

“Apakah mereka masih memerlukan dana untuk pembangunan dan sebagainya?”soalnya.

Walhal, Kerajaan sepatutnya terus memperkasakan Sekolah Kebangsaan dengan menyalurkan dana-dana khas dalam skala lebih besar termasuk perbelanjaan bulanan dan tahunan dengan lebih fokus dan strategik supaya pembangunan dan infrastruktur di setiap Sekolah Kebangsaan ini tidak jauh tercicir serta dapat dimodenkan.

Bukan itu saja, sudah tentu Kerajaan patut berpegang kepada perlembagaan dan Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan Parlimen agar UEC ini tidak boleh diiktiraf sama sekali.

Bahkan, kerap saya ingatkan antara senario dahsyat yang akan berlaku adalah, ia akan meluputkan secara automatik dasar pendidikan negara yang bermula dengan Penyata Razak, Penyata Rahman Talib dan Akta Pendidikan 1996 itu sendiri walaupun telah diputuskan oleh Parlimen.

Sebagai presiden pesara di bidang pendidikan, kami sudah banyak kali membentangkan memorandum kepada Kerajaan agar diberi perhatian serius tetapi tidak diambil perhatian sewajarnya.”

Sebelum ini pun, Dong Zong dilihat opportunis apabila meminta Kerajaan yang baru dibentuk luluskan UEC ketika jemaah kabinet sendiri belum pun dilantik. Jadi, di sini sahaja sudah jelas Kerajaan tidak perlu melayan kumpulan ini yang pernah dilabel ekstremis, rasis dan cauvinis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: