Tempatan

Perjuangkan Malaysia Negara Sekular, Siasat Mereka Sebagai Penderhaka! – Dato’ Profesor Haji Mahamad Naser bin Disa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Ogos 2022 – “Mereka yang bertekad Malaysia adalah negara sekular adalah tali barut penjajah atau Si Kitul moden yang hakikatnya lebih durjana dari Si Kitul sendiri,” ujar Dato’ Profesor Haji Mahamad Naser Bin Disa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kepercayaan sebahagian pihak bahawa Tanah Melayu sepatutnya menjadi sebuah negara sekular.

Menurut Mahamad Naser, perjuangan Raja-Raja Melayu dan juga pejuang Melayu selama 450 tahun adalah untuk menentang Sekularisme yang cuba dipaksakan ke atas Negeri-Negeri Melayu menerusi agenda 3G – gold, glory and gospel.

“Hasil komitmen mantap raja-raja dan pahlawan-pahlawan Melayu itu kita berjaya mengekang pencerobohan imperialisme ke atas akidah umat Melayu/Islam.”

Bahkan, kita berjaya memartabat akidah negara menerusi kewajipan melafazkan Sumpah Rabbani oleh Ketua Tertinggi Negara (the Supreme Head of the Federation) Baginda YDPA.

Bagaimanapun jelas Profesor Industri di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu, hanya mereka yang buta hati yang buat-buat tak nampak hakikat ini yang menjadi penderhaka (treason) di bawah Bab 6 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, inilah isu besar negara kita, apabila sebahagian pemimpin dan rakyat tak kenal tuhan negara ini, bahkan ada yang tak tahu bahawa negara ini ada tuhan. Sehingga ada pemimpin sebuah parti politik peneraju PH yang menulis buku berkempen untuk menukar tuhan negara ini kepada Jesus!

“Mereka inilah golongan yang bermasalah dan sering menimbulkan kekeliruan dan persengketaan kerana enggan mengakui Allah S.W.T. sebagai tuhan negara ini dan lebih parah lagi PDRM enggan menyiasat gerakan subversif mereka ini sejak berbelas tahun dan pengundi yang jutaan!” katanya.

Jelas beliau, umum sepatutnya sudah lama sewajarnya mengetahui bahawa negara kita bukan sekular, sebab negara kita ada agama, iaitu Islam dan negara kita tentunya ada tuhan iaitu Allah SWT.

“Kita bukan negara syirik yang mempunyai pelbagai agama. Satu-satunya agama bagi negara kita adalah agama Islam, namun rakyat yang menganut agama lain boleh mengamalkan kepercayaan mereka selagi ia tidak mencetuskan ketegangan,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, penegasan bahawa Islam Agama Negara dan Malaysia bertauhidkan Allah S.W.T. adalah hasil perjuangan yang panjang, iaitu sejak tahun 1511 dan ia adalah hakikat yang mesti dihormati oleh semua kaum dan agama sekalipun mereka tidak menghayatinya.

Maka, sesiapa yang mengatakan atau berpegang bahawa negara kita sebagai sekular mereka ini perlu segera disiasat sebagai penderhaka atau sekurang-kurangnya sebagai penghasut kerana secara jelas memperlihatkan sikap tidak setia kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong (to excite disaffection against the YDPA), suatu bentuk pemikiran subversif menurut Perlembagaan Negara.

Justeru, selain dari golongan pengkhianat ini, perkara yang lebih membimbangkan adalah kita dapat lihat hari ini di dalam isu apabila rakyat mengadu Raja lewat terus sahaja disiasat pihak PDRM, akan tetapi apabila ada segelintir rakyat yang menghasut tak setia kepada Raja langsung tak disiasat pula.

Maka berdasarkan hal itu, timbul juga persoalan bahawa hari ini di Malaysia kita ini terdapat PDRM ke PRDM?” soal beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: