Tempatan

Pengerusi DAP Selangor Ingatkan Menteri, SOSMA Bertentangan Dengan Pendirian Pakatan Harapan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2022 – Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo menempelak pendirian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung keperluan pelaksanaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Menurut Gobind dalam hantaran di Facebooknya, pendirian ini bercanggah dengan pendirian PH yang mengakui SOSMA bermasalah dan perlu ditangani.

“Walaupun kita menerima bahawa terdapat keperluan untuk undang-undang untuk menangani keselamatan negara, kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa SOSMA bersifat menindas.”

Mengulas lanjut, Gobind yang juga merupakan Pengerusi DAP Selangor itu berkata, malah, pada Oktober 2019 lalu, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri dilaporkan berkata bahawa bahagian tertentu SOSMA perlu dipinda dan ditambah baik untuk manfaat semua pihak, kerana undang-undang itu telah dianggap “terlalu keras”.

Gobind kemudiannya memberi contoh seksyen penahanan dalam SOSMA.

“Titik permulaan ialah seksyen 4 yang membenarkan seseorang itu ditahan untuk tempoh sehingga 28 hari. Ia membenarkan penahanan tanpa akses ke mahkamah. Oleh itu, tiada semak dan imbang kuasa pihak penyiasat dalam tempoh masa ini. Ini membolehkan penderaan bukan sahaja dalam hal tangkapan yang salah tetapi juga semasa penyiasatan yang tidak boleh dibenarkan.”

Terkini, parti MUDA turut mengkritik pendirian Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution yang tidak bercadang untuk mengkaji semula SOSMA.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulangi pendiriannya berhubung keperluan SOSMA.

Beliau antara lain mengakui pelaksanaan SOSMA adalah lebih baik, berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat kerana ia membenarkan prosedur perundangan dibuat susulan penangkapan suspek kes terbabit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: