Tempatan

Pinda Perlembagaan Hanya Orang Islam Jadi PM – Ir Khairil Nizam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2022 – Senator Ir Khairil Nizam menggesa pihak kerajaan membuat usul meminda Perlembagaan Persekutuan agar jawatan Perdana Menteri cuma dikhususkan buat rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Menurut beliau, tindakan itu selari dengan undang-undang tubuh Negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Perlis, Pahang dan Kedah yang membuat pengkhususan jawatan Menteri Besar negeri-negeri tersebut disandang oleh rakyat yang beragama Islam.

“Ini bukan rasis, ini adalah kerana menghormati orang Islam adalah masyarakat majoriti di dalam negara ini. Saya percaya, atas semangat Perlembagaan Persekutuan serta prinsip Rukunegara, cadangan ini adalah idea yang tidak asing dalam negara kita.”

“Selain itu, adalah sangat mudah untuk difahami, diterima serta didokong oleh rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai jenis kaum, budaya dan agama.”

Merujuk kepada undang-undang semakan status penukaran agama kanak-kanak bawah usia 18 tahun yang memasuki agama Islam, tokoh profesional bidang kejuruteraan itu berharap agar pihak Menteri Agama dapat mempercepatkan kerja penyelarasan undang-undang Kerajaan Persekutuan dengan semua negeri.

“Seruan saya, ahli politik Muslim di negara ini mestilah bermuafakat bersama dengan perjuangan yang diusahakan oleh Menteri Agama kita semua,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button