Tempatan

Peruntukan Untuk Sekolah Swasta Tiada Dalam Perlembagaan!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 April 2023 – “TIADA LANGSUNG DALAM PERLEMBAGAAN YANG MEMBOLEHKAN SEKOLAH SWASTA (YANG MENOLAK BAHASA KEBANGSAAN) DIBANTU SECARA TETAP BERPULUH JUTA MALAH BERBILION SETIAP TAHUN”

Ini penegasan dari Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari, mengulas laporan berita yang memaklumkan Kerajaan meluluskan dana sebanyak RM15.75 juta untuk sekolah persendirian Cina.

BACA JUGA: Operasi Pembenihan Awan Dijangka Bermula Akhir Bulan Ini

BACA JUGA: Dua Jenama Mi Segera Diarah Tarik Balik, Mengandungi Bahan Berbahaya

BACA JUGA: Al-Quran Ditemui Dalam Dasar Laut, Masih Boleh Dibaca

Ujarnya, apa yang wajib diketahui adalah, Perlembagaan mewajibkan Kerajaan memberi bantuan kepada institusi Islam, bukan kepada sekolah swasta yang menolak Bahasa Kebangsaan.

“WAJIB TAHU ATAU…

BANTUAN KEPADA INSTITUSI-INSTITUSI ISLAM ADALAH KEWAJIBAN KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN MALAYSIA KERANA ADA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN”

Terdahulu, media melaporkan, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, Kerajaan meluluskan peruntukan RM15.75 juta untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara.

Peruntukan itu akan disalurkan dua minggu selepas cuti Hari Raya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: