Tempatan

Sekularkan Malaysia Hanyalah Naratif ‘Recycle’ Pihak Tandus Idea – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2022 – “Dakwaan bahawa Melayu dengan politik Islam sebagai mencabar Perlembagaan adalah tidak munasabah, tidak demokratik dan bersifat enteng,” ujar peguam, Lukman Sheriff.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan yang disiarkan bertajuk yang cuba disensasikan semula oleh penulis dan portal berkenaan.

“Polemik Perlembagaan sekular adalah polemik lama yang diulang berkali-kali dalam cubaan untuk mengelirukan rakyat untuk menidakkan peranan Islam dalam Perlembagaan. Dakwaan bahawa Perlembagaan menghalang politik Islam Melayu tidak ada asas dalam Perlembagaan kita,” ujarnya.

Sebelum ini, tokoh-tokoh berhaluan kiri seperti Tommy Thomas, Marina Mahathir, Profesor Clive Kessler sudah cuba mengeluarkan hujah-hujah dengan mengatakan Malaysia adalah negara sekular dan terbaru oleh peguam, Syed Iskandar Syed Jaafar.

Bagaimanapun, pandangan mengenai mereka yang beriya mahukan Malaysia menjadi negara sekular ini pernah disangkal oleh Pakar Perlembagaan, Profesor Shad Faruqi yang dilihat lebih betul iaitu beliau berpandangan bahawa Perlembagaan Malaysia adalah Hibrid kerana ia adalah ideologi kompromi yang bukan berdasarkan satu ideologi semata-mata.

Sebelum ini juga, Tun M walaupun menggunakan takrifan longgar pernah berkata Malaysia adalah negara Islam dan yang pasti ia bukan negara sekular walaupun dalam pengertian biasa. Namun, yang jelasnya di sini kita tidak boleh diklasifikasikan sebagai negara sekular pun.

Persoalannya, benarkah gerakan politik Islam bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan seperti yang didakwa?

Lukman Sheriff berkata, sudah tentu tidak, apa yang umum perlu mengetahui ialah takrifan Sekularisme mesti melibatkan pemisahan negara dan agama.

Namun, Perlembagaan kita tidak pernah memisahkan agama dari negara. Persekutuan kita mempunyai agama pilihan yakni agama Islam dan Perlembagaan memperuntukkan penubuhan pelbagai institusi agama Islam. Malah Raja-Raja kita termaktub sebagai ketua agama Islam.

Itulah sebabnya, ia tidak sekular dalam makna biasa perkataan itu digunakan umum. Tiada sesiapa pun yang membuat kajian membandingkan perlembagaan boleh mengkategorikan Perlembagaan kita sebagai sekular. Kes Che Omar Che Som yang dirujuk hanya menyatakan ianya sekular dari perspektif undang-undang teratas adalah Perlembagaan dan bukan quran dan sunnah. Tetapi tidak sekali menentukan Perlembagaan kita adalah sekular dalam erti yang sering difahamkan umum.

Jelasnya, sekular adalah ideologi untuk memisahkan negara dan agama seperti yang kita lihat sekarang. Dari segi definisi pun sekularisme mesti bermaksud pemisahan negara dan agama. Perlembagaan yang berat sebelah kepada mana-mana agama TIDAK BOLEH menjadi sekular. Rakyat tidak boleh didiskriminasi berdasarkan agama di bawah sekularisme.

Berdasarkan perkara ini, bolehkah sesiapa benar-benar mengatakan bahawa Perlembagaan kita memisahkan negara dan agama? Bolehkah sesiapa mengesahkan dengan yakin bahawa Perlembagaan kita tidak berat sebelah terhadap Islam dan tidak membezakan antara agama? Tiada kan.

Bukan itu sahaja, malah jika diteliti, tidak ada satu pun sebutan dalam Perlembagaan Persekutuan perkataan “sekular” berbanding tidak kurang daripada 25 rujukan kepada Islam dan Syariah ada di dalamnya.

Mengakhiri kenyataan, beliau menegaskan, kita perlu jelas bahawa Perlembagaan kita pada dasarnya tidak lebih daripada hasil kompromi sosial kita. Ia tidak berdasarkan ideologi mutlak. Tidak akan pernah. Terdapat terlalu banyak pengecualian kepada mana-mana ideologi tertentu. Namun, yang jelas ia adalah cenderung kepada Islam dan meletaknya sebagai agama Persekutuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: