Mahkamah Persekutuan Tolak Undang-Undang Pencen ‘Tidak Berperlembagaan’
PUTRAJAYA, 28 Jun 2023 – Mahkamah Persekutuan menolak keputusan Mahkamah Rendah sebagai pindaan tidak berperlembagaan terhadap undang-undang yang mengawal pencen penjawat awam.
Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh lima panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim selepas memutuskan rayuan ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Kerajaan tidak mempunyai merit.
Menurut laporan, kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengakui bahawa pindaan kepada Seksyen 3(2) Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) yang diluluskan pada 2013 telah meletakkan pesara penjawat awam dalam keadaan ‘kurang baik’ dengan mengambil kira hak untuk kenaikan pencen mereka.
BACA JUGA: 53 Kes Penyakit Akibat Cuaca Panas Direkodkan, 1 Kematian
BACA JUGA: Aktivis Tunjuk Perasaan, Bantah Penjualan Komik Rendahkan Pembantu Rumah Indonesia
BACA JUGA: Percepat Proses Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Demi Masa Depan Kanak-Kanak
Bagaimanapun, Hakim Besar Malaya Zabidin Diah berkata, “Risiko keadaan kurang baik tidak pernah wujud dalam peruntukan asal.”
Dalam pada itu, kewujudan risiko berkenaan bermakna pindaan Seksyen 3(2) itu melanggar perlindungan Perlembagaan yang diberikan kepada pesara mengikut Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.
“Penghakiman Mahkamah Rayuan adalah dikekalkan dan tiada sebarang perintah berhubung kos,” ujar Hakim Mohamad Zabidin.
Mengulas lanjut, kes ini timbul selepas pesara kakitangan Wisma Putra, Aminah Ahmad dan 56 pesara penjawat awam lain memfailkan saman terhadap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan mendakwa Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) melanggar Perkara 147.
Mereka mencabar pindaan yang dibuat kepada akta di mana skim pencen baru yang diperkenalkan memberi pesara kadar rata 2% kenaikan tahunan.