Tempatan

Perlembagaan Persekutuan Tidak Boleh Dipinda Untuk Dijadikan Perlembagaan Republik Sesuka Hati – Tan Sri Musa Hassan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 2 Mei 2021 – Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda untuk dijadikan Perlembagaan Republik sesuka hati. Ini kerana Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan mewartakan terdapat 5 perkara di dalam Perlembagaan tidak boleh dipinda dengan apa cara sekalipun melainkan dengan persetujuan Majlis Raja,” kata mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Ujar beliau, antara yang tidak boleh dipinda ialah Perkara 38 Majlis Raja, iaitu fungsi dan kuasa Majlis Raja untuk pelantikan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Tan Sri Musa, hanya ada satu cara sahaja untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan secara mutlak iaitu jika Parlimen membenarkan pungutan suara atau referendum rakyat, di mana 2/3 rakyat Persekutuan Malaysia menyokong usul untuk mengubah status Perlembagaan daripada Perlembagaan Beraja (monarchy constitutional) kepada Perlembagaan Republik.

Beliau berkata, Persekutuan Malaysia juga tertakluk kepada perjanjian Persekutuan Tanah Melayu Malaya 1948 , iaitu 1 Perjanjian Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu Malaya sebagai sebuah negara pada 1 Febuari 1948 sebelum dimerdekakan pada 31 Ogos 1957.

“Persekutuan Malaysia bukanlah Persekutuan Tanah Melayu Malaya,” katanya.

Jelasnya, Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 di bawah Perjanjian Malaysia 1963 di mana 3 negara iaitu Negara Persekutuan Tanah Melayu Malaya, Sabah yang dimerdekakan pada 31 Ogos 1963 dan Sarawak yang dimerdekakan pada 22 Julai 1963 digabungkan untuk menjadi sebuah persekutuan yang dinamakan Persekutuan Malaysia.

Menurutnya, peruntukan sistem persekutuan ialah, semua komponen yang menubuhkan sesebuah persekutuan akan disekutukan menjadi negeri-negeri di dalam persekutuan yang telah ditubuhkan itu.

Justeru, hak kedaulatan Raja Melayu adalah hak mutlak Persekutuan Tanah Melayu Malaya dan ianya bukan hak mutlak Persekutuan Malaysia.

“Kesemua 9 negeri beraja di Tanah Melayu harus mendapatkan sokongan 2/3 rakyat negeri itu melalui pungutan suara rakyatnya yang jika dibenarkan Dewan Undangan Negeri untuk dilaksanakan bagi tujuan mendapatkan persetujuan untuk merubah undang undang tubuh negeri tersebut.”

“Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mewartakan, hak undang-undang tubuh negeri harus dihormati Kerajaan Persekutuan,” katanya mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: