Tempatan

Doktrin Struktur Asas Akan Merendahkan Lagi Martabat Mahkamah Syariah – Fauzi Asmuni

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 September 2022 – “Jika Doktrin Struktur Asas (BSD) dijadikan amalan perundangan, ini secara tidak langsung akan menggugat kuasa dan merendahkan lagi martabat Mahkamah Syariah,” ujar Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni yang gusar akan pelaksanaan BSD yang ingin dijadikan amalan oleh Mahkamah tertinggi Malaysia sejak kebelakangan ini.

ISMA dalam satu kenyataan media membantah usaha penggunaan BSD ini kerana ia boleh menggugat asas pembentukan negara dan bimbang ia akan menimbulkan kekacauan dalam perundangan negara setelah amalan pengasingan tiga kuasa terhapus.

“Selaku rakyat Malaysia, ISMA melihat BSD ini akan menidakkan hak sebagai rakyat Malaysia selaku penggubal undang-undang melalui Parlimen.”

Justeru itu, ISMA yang menyokong sepenuhnya petisyen yang dilancarkan oleh saudara Lukman Sheriff dan rakan peguamnya akan mengambil inisiatif dengan melancarkan kempen bagi menentang Doktrin Struktur Asas yang ingin dijadikan amalan di Mahkamah Persekutuan negara ini.

ISMA mengeluarkan kenyataan melalui laman rasmi Facebook itu dan mengajak semua badan Kerajaan dan bukan Kerajaan serta seluruh umat Islam untuk turut serta dalam kempen tersebut.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan pandangan beberapa orang peguam mengenai BSD yang dicedok dari Negara India ini sudah ditolak penggunaannya oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia selama lebih 60 tahun dan oleh hakim-hakim agung kita seperti Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Mohd Sufian dan Tun Abdul Hamid.

Kami Bantah Mahkamah Persekutuan Guna “Basic Structure Doctrine”

Menurut para hakim tersebut, kita tidak perlu mencedok acuan dari negara luar untuk memahami Perlembagaan Persekutuan kita.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: