PRU-15

Pembubaran Parlimen Atas Permintaan Sah Menurut Perkara 43(4) – Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2022 – Perlembagaan memperuntukkan dua keadaan dalam pembubaran Parlimen, iaitu berlandaskan nasihat (advice) atau permintaan (request). Selain itu, Parlimen akan terbubar dengan sendiri apabila luput tempoh 5 tahun dari tarikh mesyuarat sidang pertamanya.

Menurut kenyataan PM, beliau meminta YDPA untuk membubarkan Parlimen. Permintaan tersebut berlaku selepas sejumlah MP daripada PN mengutus warkah kepada YDPA untuk menyatakan pendirian tidak bersetuju jika PM menasihati pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat.

Sejumlah MP tersebut yang sebahagian besarnya merupakan ahli Jemaah Menteri telah bertindak di luar amalan prinsip ketanggungjawaban jemaah menteri secara kolektif.

Jika mana-mana ahli Jemaah Menteri yang tidak setuju dengan keputusan jemaah menteri atau Perdana Menteri, secara konvensyennya, dia perlu meletakkan jawatan.

Dalam keadaan keutuhan Kerajaan sekarang bergantung pada MoU dan boleh jatuh pada bila-bila masa jika berlaku penarikan balik sokongan, maka protes yang dibuat oleh lebih 10 ahli Jemaah Menteri yang merupakan Ahli Parlimen boleh disifatkan sebagai undi tidak percaya kepada PM.

Jika dibandingkan pengalaman lepas, Tun Mahathir meletakkan jawatan jemaah menterinya selepas beliau merasakan kehilangan sokongan anggota PH kepadanya, tanpa membawa usul kepada Parlimen.

Apabila PM sudah hilang kepercayaan menurut Perkara 43(4), beliau tidak lagi boleh memberikan nasihat, sebaliknya hanya boleh mengemukakan permintaan (request) agar Seri Paduka membubarkan Parlimen. Seri Paduka Baginda mempunyai budi bicara menolak permintaan pembubaran Parlimen dengan menangguhkan perkenan Baginda menurut Perkara 40(2)(b).

Dalam keadaan PM sudah hilang kepercayaan majoriti dan permintaannya untuk membubarkan Parlimen tidak diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda maka PM serta ahli Jemaah Menterinya hendaklah meletakkan jawatan.

Apa yang berlaku 3 hari lepas, YDPA telah memperkenankan permintaan PM untuk membubarkan Parlimen.

Melihat kepada senario yang berlaku, pembubaran Parlimen telah berlaku secara sah tanpa memerlukan persetujuan Jemaah Menteri.

Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: