Tempatan

SUHAKAM Jangan Berat Sebelah – Tan Sri Musa Hassan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Ur Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2021 – Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyelar kenyataan yang dibuat Pegawai Undang-Undang SUHAKAM Afiq M Noor yang mendakwa bahawa Tuhan tidak turun bersidang ke Dewan Undangan Negeri (DUN) selain turut menggesa sesiapa sahaja boleh untuk mengkritik Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan 2019.

“Mereka boleh kritik jika hendak kritik tetapi perlu dengan ilmu dan bukan dengan emosi,” katanya kepada wartawan Samudera.my.

Tambah beliau lagi, SUHAKAM tidak harus memberi pandangan yang berat sebelah seolah-olah menyokong mereka yang menolak mana-mana peruntukan dalam undang-undang Islam.

“Undang-undang Islam memang dibenarkan mengikut Perlembagaan di bawah bidang kuasa setiap Negeri. Oleh itu, ia tidak boleh dihapuskan. Menurut Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah diiktiraf sebagai Agama bagi Persekutuan dan lain-lain agama dibenarkan untuk dianuti.”

Tegas Tan Sri Musa lagi, bagaimanapun undang-undang murtad adalah untuk orang-orang Islam dan ia bertujuan menjaga keutuhan dan kesucian Islam. Ia, tiada kena mengena dengan non-Muslim.

“Adat resam negara di sebelah Timur berlainan dengan adat resam budaya Barat. Hak asasi kebebasan yang di luar batasan adat resam dan budaya dalam negara kita adalah tidak sesuai untuk masyarakat.”

Oleh yang demikian, beliau mahu SUHAKAM memahami hak asasi kebebasan yang diiktiraf oleh Perlembagaan.

“Hak Asasi dalam Perlembagaan adalah mengikut peraturan Undang-undang (save in accordance with the law).”

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: