Tempatan

‘Demam COVID-19’ Punca 3 Kapal Maritim Belum Siap

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 14 September 2022 – Wabak COVID-19 didakwa sebagai penyebab kepada 3 buah kapal yang sepatutnya diserahkan kepada Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) masih belum siap walaupun setelah 2 tahun lewat dari tarikh serahan.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Mohd Zubil Mat Som, menyatakan bahawa 3 kapal peronda luar persisir (OPV) yang diperlukan oleh Maritim masih gagal dibawa ke lokasi pelancaran.

“Kapal OPV 1 yang sepatutnya dilancarkan ke air pada hari ini, 13 September 2022 masih gagal dilakukan kerana kapal masih tidak berjaya dibawa ke lokasi pelancaran,” jelasnya, menurut sebuah laporan tempatan.

Datuk Mohd Zubli menjelaskan bahawa beliau berharap supaya kapal tersebut dapat disiapkan dan diserahkan walaupun sudah dua tahun terlewat, kerana ketiga-tiga kapal tersebut amat diperlukan oleh pihak Maritim.

“Kita berharap ketiga-tiga kapal peronda ini dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia dengan kadar segera walaupun ia sudah dua tahun melewati dari tarikh asal penyerahan.”

“Ketiga-tiga kapal OPV ini amat diperlukan oleh pihak Maritim Malaysia pada masa kini bagi menguatkuasakan undang-undang di dalam perairan negara,” ujar beliau.

Tambah beliau, sekiranya perancangan syarikat yang bertanggungjawab menyediakan 3 kapal tersebut, THHE Destini Sdn Bhd berjalan lancar, kapal tersebut dijangkakan dapat diserahkan pada awal tahun hadapan.

“Sekiranya semua berjalan lancar dan jika pelancaran itu dapat direalisasikan pada tarikh berkenaan, besar kemungkinan untuk kapal OPV 1 dapat diserahkan kepada pihak kami pada awal 2023,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: