Tempatan

PM Gesa Syarikat Beri Elaun Kepada Pelajar Latihan Industri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2023 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat tempatan mempertimbangkan pemberian elaun kepada pelajar latihan industri.

Lapor portal tempatan, dalam majlis pelancaran InvestED, Anwar berkata, “Mereka faham ini bukannya gaji tetapi berikan sedikit elaun untuk perjalanan dan upah.”

Walau bagaimanapun, menurutnya, Kerajaan tidak menetapkan kadar elaun tertentu yang harus diberikan syarikat kepada pelajar latihan industri.

BACA JUGA: Jenayah Seksual Pedofilia, Kes Babitkan Kanak-kanak Lelaki Semakin Meningkat – PDRM

BACA JUGA: Selepas Batal Lesen Judi, MB Perlis Janji Hapuskan Judi Haram

BACA JUGA: Perlis Laksana Perbicaraan Kes Cerai Secara Tertutup Bermula 1 Julai

Jelasnya, pemberian elaun itu harus munasabah bagi memastikan dapat membantu kos sara hidup pelajar.

Terdahulu, Anwar menegaskan, bayaran terlalu rendah oleh majikan terhadap pelajar yang menjalani latihan industri dianggap tidak munasabah.

“Untuk syarikat-syarikat tidak bayar sama sekali dan bayar sangat rendah itu tidak munasabah, ini sebab saya katakan dasar ekonomi kita harus tekankan prinsip keadilan,” tegas beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: