JKN Siasat Kes Kencing Tikus Di Taman Eko Rimba Bukit Wang
ALOR SETAR, 19 Jun 2023 – Taman Eko Rimba Bukit Wang di Jitra, daerah Kubang Pasu ditutup sementara waktu bermula 15 Jun berikutan terdapat dakwaan kes kencing tikus di kawasan terbabit.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Muhammad Abdullah berkata, siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah pada ketika ini.
BACA JUGA: PBT Jangan Jadi Penghukum Sebaliknya Bantu Sampai Lulus – Cikgu Izzat Johari
BACA JUGA: Selepas Batal Lesen Judi, MB Perlis Janji Hapuskan Judi Haram
BACA JUGA: PM Nafi Pernah Arahkan Tindakan Diambil Ke Atas Sesiapa
“Walaupun kes kencing tikus itu masih dalam siasatan tetapi untuk langkah-langkah pencegahan kami ambil pendekatan untuk tutup sementara dahulu taman eko rimba ini.”
“Jika siasatan oleh JKN membuktikan tiada virus kencing tikus di situ, taman eko rimba berkenaan akan dibuka semula kepada orang awam,” jelasnya
Menurutnya, tarikh pembukaan semula akan dimaklumkan semula setelah siasatan selesai.