Tempatan

Gurauan Minta No Telefon Pelajar Perempuan, PMX Ditegur Tokoh Media

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2023 – Wartawan veteran A Kadir Jasin, mengkritik tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung gurauannya dengan seorang pelajar perempuan dalam satu program baru-baru ini.

A Kadir berkata, Anwar sebagai pemimpin negara perlulah menunjukkan sosok seorang pemimpin, bukanlah berkelakuan seperti remaja yang memalukan atau ‘mengenyeh’ seperti bintang filem yang dimamah usia.

BACA JUGA: Klinik Online KKM: PERDIM Bimbang Berlaku Kebanjiran Doktor Palsu

BACA JUGA: Pajak Gadai Berlesen Dilarang Jual Semua Emas Gadaian

BACA JUGA: Harga Ubat Bakal Naik?

“He can joke but let it be funny and tasteful. We don’t want him to be a bore.”

“But joking about asking a teenage student her phone number, had he been younger, was out of line,” tulisnya dalam Facebook.

Tegasnya, sebagai Perdana Menteri Madani setiap perkataan, gerak geri dan perbuatannya sentiasa dirakam dan dikongsi.

Justeru, Anwar perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindakannya.

“Humour is an art. A failed humour could turn into vulgarity,” ujarnya.

Sabtu lalu, ketika ingin menjawab pertanyaan dikemukakan seorang pelajar perempuan Tingkatan 6, Anwar memuji kekemasan soalan dikemukakan pelajar berusia 18 tahun itu dan sempat berseloroh akan meminta nombor telefon pelajar itu sekiranya beliau masih muda.

“Saya bangga dengan Adriana ini. Tingkatan Enam pun bertanya soalan yang begitu kemas. Kalau saya muda saya dah minta nombor telefon,” seloroh Anwar di mana kejadian itu disiarkan secara langsung dalam program ‘Temu Anwar’ di USIM.

@pali.ss_ #anwaribrahim #TemuAnwar #USIM #perdanamenterike10 #PMX #zainiumaralif ♬ original sound – zaīnīumaralīf•palïss

Jawapan Presiden PKR itu mendapat sorakan hadirin yang hadir pada program itu namun dikritik pelbagai pihak termasuk parti MUDA.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: