PRU-15

Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan Hari Ini – Sumber

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Disember 2022 – Beberapa sumber dalaman memberi bayangan bahawa Kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan diumumkan hari ini, lapor sebuah portal tempatan.

Kata portal itu lagi, difahamkan, KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke luar negara bermula Sabtu ini, sekali gus memberi petanda bahawa pengumuman Kabinet akan dibuat secepat mungkin.

Jika tidak, Anwar kemungkinan besar mengumumkan senarai menteri Kabinet minggu hadapan, dengan sesi angkat sumpah diadakan selepas Seri Paduka Baginda pulang ke tanah air.

Menurut sebuah lagi portal tempatan yang lain, khabar angin bahawa Kabinet baharu bakal diumumkan dalam masa terdekat mulai bertiup susulan satu hantaran melalui akaun Facebook Istana Negara pada Selasa, berserta empat keping foto yang memaparkan Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri.

Biarpun dengan hanya keterangan ringkas yang menyatakan Seri Paduka Baginda menerima menghadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ia menguatkan lagi spekulasi bahawa senarai lengkap Kabinet baharu sudah dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: