Tempatan

Log Kapten 0002 : Selamat Datang Promoter ‘Kaum Lut’ Ke Malaysia….

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kita faham, publisiti untuk mana-mana pemimpin politik itu sesuatu yang penting.

Kita juga faham, yang menasihati mana-mana pemimpin politik untuk tujuan publisiti itu, harus faham kesan dan akibat publisiti yang dijalankan.

Publisiti ada yang baik dan ada yang buruk.

Publisiti juga ada yang kelas tinggi dan ada yang bertaraf kelas bawahan.

Apabila PMX mengadakan majlis selawat dengan golongan agamawan, memperkenalkan polisi-polisi mesra rakyat (wujudkah?) dan melawan rasuah tanpa mengira sahabat, taulan, ahli parti dan anak murid (jika ada), itu publisiti kelas tinggi.

(Nota : Sebelum membaca perenggan seterusnya, tuan-tuan dinasihati untuk membacanya sambil mainkan lagu Gali Lobang Tutup Lobang oleh Rhoma Irama. Pergi ke Youtube, cari tajuk lagu, On Loop Video, mainkan sampai duit jatuh dari langit.. lakukan pada wewenang tuan-tuan)

Apabila PMX menyuruh rakyat mencagar KWSP untuk membuat pinjaman wang baru ketika rakyat menggelupur untuk membayar pinjaman sedia ada, membiarkan wewenang Bank Negara menaikkan kadar OPR, ketika ramai yang hampir rasa sesak mahu meneruskan operasi hidup, mencadangkan majikan membuat potongan KWSP 20%, ketika kebanyakan majikan keluar masuk pajak gadai untuk meneruskan kelangsungan operasi, ini publisiti yang buruk untuk PMX.

Siapa sahaja yang menasihati PMX tentang pendekatan dasar, polisi, pelaksanaan dalam negara, harus faham kesan dan akibat pada setiap tindakan yang bakal dijalankan oleh PMX. Jika mahu PMX berjaya membawa negara keluar dari kancah masalah, setiap satu langkah harus difikirkan semasak-masaknya.

Tetapi siduh (blunder) terbesar penasihat publisiti PMX ialah bilamana beliau mengucapkan selamat datang kepada sebuah kugiran antarabangsa yang terkenal sebagai promoter ‘Kaum Lut’ serata dunia.

PMX tidak perlu merangkak terlalu rendah untuk membuat siduh terbesar ini. Ia tidak perlu pun. Malah bercanggah dengan semua nilai-nilai Masyarakat Madani (jika ianya berakar kepada sistem failasuf Islam), tetapi tidaklah janggal jika konsep Madani itu, dianut dengan sejumlah sisipan idea John Locke.

Madani harus melahirkan generasi berani dan bukan Pelangi. Apa pun, siduh sudah berlaku. Promoter Kaum Lut disambut dengan lambaian sambutan ketua cabang eksekutif negara. Perkara seumpama ini, tidak boleh dibiarkan terus berlaku. Majoriti rakyat negara ini menolak perkara seumpama ini. Susahkan untuk team PMX faham dan hormat tentang perkara ini?

*Siduh = Kesilapan Bodoh. Dalam kamus Dewan Bahasa, tidak terjumpa perkataan yang tepat untuk menggambarkan perkataan ‘blunder’, kesilapan yang bodoh yang tepat. Jadi, kami adakan perkataan ini sendiri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: