Tempatan

Kajian Akademik & Sejarah Menunjukkan Pulau Pinang Hak Milik Kedah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 01 Jun 2023 – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu mengkaji dari aspek sejarah tentang sebab bayaran bagi Pulau Pinang telah dinaikkan pada tahun 2018 daripada RM10,000 kepada RM10,010,000 setahun.

Sanusi turut berkata bahawa dakwaan yang dibuat beliau pada Isnin lalu itu mempunyai asas sokongan daripada kajian sejarah dan akademik. Maka generasi sekarang perlu membetulkan sejarah serta meminda Perlembagaan.

BACA JUGA: Ibu Maisarah Mahu Akidah Islam Anak Kekal Terjaga

BACA JUGA: Kerajaan Sasar Tutup 300 Tapak Pelupusan Sampah Haram

BACA JUGA: 20 Nelayan Vietnam Ditahan, Ceroboh Perairan Negara

Dalam kenyataan beliau kepada sebuah portal tempatan, Sanusi menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan sering dipinda di Parlimen menurut proses yang sepatutnya berdasarkan keperluan semasa. Justeru, adalah menjadi persoalan jika penemuan kukuh diketepikan kerana isu berkaitan kandungan Perlembagaan.

Beliau turut menyatakan bahawa mana-mana kandungan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan anggota Persekutuan boleh dipinda.

Katanya lagi, jika terdapat perkara yang tidak boleh dipinda, ianya akan dinyatakan secara jelas. Terdapat juga bab yang hanya boleh dipinda dengan kebenaran Majlis Raja-Raja.

Beliau juga dalam kenyataan yang sama menyatakan bahawa beliau akur sekiranya penyelesaian terakhir dalam hal ini adalah menerusi proses mahkamah dan bukan dengan cubaan untuk menutup mulutnya atau mulut sesiapa sahaja yang sependapat dengannya.

Sanusi pada Isnin lalu telah membuat sebuah kenyataan yang dianggap kontroversi, di mana beliau menyatakan bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah dan sempadan Negeri Kedah adalah sehingga ke Balik Pulau, Pulau Pinang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: