Tempatan

MAPIM Gesa Anwar Tolak Segala Percubaan Normalisasi Rejim Haram Aparteid Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JITRA, 10 Mei 2023 – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menolak sebarang percubaan normalisasi hubungan diplomatik dengan rejim haram aparteid Israel.

Tegas Presiden pertubuhan, Mohd Azmi Abdul Hamid, “Anwar mesti berdiri teguh dan menolak sebarang cubaan daripada Israel untuk menekan kami supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka.”

Dedahnya, rejim haram aparteid Israel kini meletakkan tekanan politik terhadap Malaysia dan beberapa negara lain untuk mengiktiraf dan mengesahkannya sebagai negara berdaulat. Beliau berpendapat, tekanan sedemikian mendorong malapetaka terhadap perjuangan pembebasan rakyat Palestin daripada kekejaman rejim haram.

BACA JUGA: Pahang Mohon Peruntukan RM414 Juta Baiki Jalan Rosak

BACA JUGA: Lebih 11,000 Data Peribadi Calon Bocor, UiTM Mohon Maaf

BACA JUGA: Pakistan ‘Bergegar’! Mantan PM Ditangkap

Dalam pada itu, Mohd Azmi juga menekankan kepada semua negara Islam agar tidak sekali-kali mempromosikan hubungan diplomatik dengan Israel, memandangkan negara haram itu sedang merancang mempromosikan dirinya di Asia Tenggara.

Lebih membimbangkan lagi, Malaysia dan Indonesia menjadi dua negara yang ‘sangat diminati’ rejim haram Israel ketika ini.

Selain itu, beliau bertegas bahawa penyelesaian dua negara bagi konflik Palestin-Israel akan kekal tidak realistik kerana Israel tidak mahu menerima sebarang bentuk kompromi.

Ujarnya, Malaysia juga mesti menerajui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menolak pelaksanaan cadangan ‘Deal of the Century’.

The Deal of the Century ialah sebuah perjanjian yang dicadangkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 28 Januari 2023, melibatkan penubuhan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara rejim haram dan penubuhan sebuah negara Palestin dengan ibu kotanya di Abu Dis, sebuah kampung di Tebing Barat.

“Mengapa kita, sebagai umat Islam, berkompromi dalam hal ini? Israel tidak akan berkompromi, mereka hanya mahukan kawalan penuh ke atas wilayah dan Baitulmaqdis.”

“Malaysia mesti bertanggungjawab dan menggesa negara Islam lain untuk menolak Deal of the Century ini yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS). Kita tidak boleh berkompromi,” tegas Azmi lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: