Tempatan

Pemilihan Speaker Boleh Dianggap Undi Percaya Yang Bersifat Tersirat – Asyraf Wajdi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2022 – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran berkata, pemilihan Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat sebentar tadi boleh dianggap sebagai sebagai ‘implied vote of confidence’ atau suatu bentuk undi percaya yang bersifat tersirat.

Ini kerana, pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan esok itu menyaksikan Johari Abdul memperoleh 147 undi.

Ia sekali gus membolehkan beliau mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Rakyat Ke-15 hari ini.

Johari Abdul yang merupakan bekas penyandang kerusi Parlimen Sungai Petani itu berjaya mengalahkan calon pembangkang, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang hanya mendapat 74 undi, dengan seorang Ahli Parlimen tidak hadir.

Justeru, secara asasnya, tiada lagi keperluan untuk mengadakan Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ujar Asyraf Wajdi.

“Walau bagaimanapun YAB Perdana Menteri tetap mahu mengadakan Usul Undi Percaya yang dijangkakan akan berjalan di sebelah petang selepas aturan sidang mengangkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen.”

Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz juga menegaskan bahawa tidak ada syarat di dalam Perlembagaan Malaysia memerlukan Perdana Menteri mengusulkan undi percaya selepas beliau dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (YDPA).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: