Tempatan

Kerajaan Sekat Syarikat Perkapalan Berpangkalan Di Israel Berlabuh Di Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 20 Disember 2023 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Malaysia menyekat syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM dari berlabuh di mana-mana pelabuhan negara ini.

Menurut beliau, tindakan segera akan diambil oleh Kementerian Pengangkutan iaitu dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat tersebut berkuatkuasa empat minggu dari sekarang.

Kata beliau dalam satu kenyataan hari ini, sekatan itu adalah sebagai tindak balas ke atas tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan.

Malah, sekatan itu juga dikenakan susulan pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel melalui penyembelihan dan kekejaman yang berlarutan terhadap rakyat Palestin.

Untuk rekod, pada tahun 2002, Kabinet mula membenarkan kapal milik syarikat itu untuk berlabuh di Malaysia dan pada 2005, Kabinet ketika itu turut memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di negara ini, jelas beliau.

“Namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua Keputusan Kabinet lalu. Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini,” tambah beliau.

Dalam kenyataan sama, beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan turut melarang mana-mana kapal yang dalam perjalanan ke Israel untuk memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia dan yakin bahawa dengan penguatkuasaan sekatan-sekatan tersebut, ia tidak akan memberi impak kepada kegiatan perdagangan Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: